(DIKEMASKINI) Polis sahkan pemuda Malaysia ditangkap seludup senjata api di Pakistan

KUALA LUMPUR, 4 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang pemuda rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah di Karachi, Pakistan, kerana menyeludup senjata api.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pasukan keselamatan Pakistan semalam.

Memberitahu Astro Awani beliau berkata, pihaknya sedang meneliti pembabitan suspek berusia 20 tahun dari Serian, Sarawak itu dengan kumpulan militan Daesh.

Difahamkan, suspek dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah menuju ke Bangkok, Thailand menggunakan pesawat peribadi -342.

“Siasatan awal mendapati suspek mempunyai kaitan dengan militan Daesh dan sedang menunggu laporan daripada pasukan keselamatan Pakistan untuk maklumat lanjut,” katanya.

Suspek yang lengkap berkopiah hitam, berbaju berwarna krim dan seluar hitam ditahan selepas didapati membawa empat senjata api, lapan kelopak peluru termasuk 70 butir peluru.

Laman web Pakistantoday hari ini melaporkan pasukan keselamatan lapangan terbang (ASF) Pakistan, memeriksa bagasi pemuda terbabit yang hendak berlepas ke Bangkok menggunakan pesawat peribadi, dan menemukan senjata api serta peluru berkenaan.

The post (DIKEMASKINI) Polis sahkan pemuda Malaysia ditangkap seludup senjata api di Pakistan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian