Elak ke tempat awam jika dijangkiti campak

IPOH, 8 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Kementerian Kesihatan menasihatkan mereka yang dijangkiti campak agar mengelakkan diri berkunjung ke tempat awam bagi mencegah rebakan wabak tersebut.

“Sekiranya mengalami gejala, elakkan ke tempat-tempat awam sehingga sembuh bagi mengelakkan perebakan jangkitan dan sentiasa pastikan kebersihan diri dan persekitaran,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau mengulas mengenai dua beradik lelaki dari Kampung Manjoi di sini yang dijangkiti wabak measles atau campak pada awal bulan ini yang baru sahaja sembuh.

Noor Hisham berkata, siasatan lanjut mendapati kanak-kanak berusia 2 dan 5 tahun itu tidak mendapat suntikan vaksin campak, beguk dan rubella (MMR).

“Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kinta telah menjalankan pemantauan di kawasan berkenaan (Kampung Manjoi) dan mendapati tiada kes lain dikesan dengan gejala measles,” katanya dalam satu kenyataan.

Noor Hisham menyarankan agar ibu bapa memastikan anak-anak mereka mendapat suntikan imunisasi MMR mengikut jadual serta dapatkan janjitemu baharu sekiranya telah tercicir.

Katanya, jika mengalami gejala demam dan ruam, perlu mendapatkan rawatan awal di mana-mana fasiliti kesihatan bagi mengelak komplikasi dan mengamalkan etika batuk yang betul bagi mengelakkan jangkitan.

Measles atau campak adalah penyakit cegahan vaksin yang mudah berjangkit melalui udara dan sentuhan langsung titisan cecair pesakit. – Bernama

The post Elak ke tempat awam jika dijangkiti campak appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian