Gambaran Suasana Kemarahan Ummah di Hadapan Kedutaan AS

Tiada cara yang lebih baik  untuk menggambarkan kemarahan umat Islam ekoran tragedi Baitul Maqdis yang diisytiharkan sebagai ibu negara Israel semalam, melainkan dengan melihat sendiri gambar-gambar yang ditangkap jurukamera Biro Komunikasi dan Media Isma, Saudara Amin al-Asri.

Perhimpunan aman solidariti ummah Baitul Maqdis yang dianjurkan oleh Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dilakukan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat tadi.

Perhimpunan tersebut bukan sahaja disertai oleh ribuan umat Islam malah pemimpin daripada pelbagai NGO dan parti politik turut terlibat. Di sinilah kita dapat melihat bagaimana isu umat Islam di Palestin berjaya menyatukan umat Islam di Malaysia tanpa mengira asal-usul dan pengaruh politik kita. Hanya gambar-gambar berikut mampu mengungkapkan semangat kemarahan ummah demi Baitul Maqdis.

 

Khairy Jamaludin daripada Pemuda UMNO sedang bersemangat memberi ucapan kecaman kepada AS

Syed Saddiq dari ARMADA, BERSATU turut kelihatan

Ketua Persatuan Belia Nasional (PEMBINA), Saudara Eqwan Roslan dan Ketua Pemuda Isma, Farid Hussin turut terlibat menyatakan sokongan terhadap perhimpunan

Ustaz Fathul Bari

Peserta daripada Isma dan Aman Palestin

 

Piksma merupakan kelab fotografi di bawah kelolaan Biro Komunikasi dan Media Isma

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian