Guatemala berkeras mahu pindah kedutaan ke Baitulmaqdis

GUATEMALA CITY, 11 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Guatemala berkeras mahu meneruskan rancangannya memindahkan kedutaan dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Presidennya, Jimmy Morales berkata, pihaknya tdak mempedulikan larangan dan bantahan antarabangsa.

“Keputusan sudah dibuat. Ia tidak akan ditarik balik. Guatemala sangat menghormati keputusan yang diambil oleh negara lain.

“Memandangkan kami menghormati keputusan itu, kami percaya orang lain juga harus menghormati keputusan Guatemala,” katanya.

Guatemala menjadi negara pertama mengikut Amerika Syarikat (AS) memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Terdahulu, Jimmy membuat pengumuman itu dalam laman Facebooknya, selepas berbincang dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Israel mendakwa kota itu adalah ibu negaranya, berikutan pendudukan Jerusalem Timur pada perang 1967 dan menyifatkan Baitulmaqdis sebagai bandarnya. -Agensi

The post Guatemala berkeras mahu pindah kedutaan ke Baitulmaqdis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian