Gunung berapi Agung masih aktif

BALI, 21 Rabiulawal 1439H, Ahad – Gunung Agung yang meletus sejak seminggu lalu belum berakhir, dilaporkan kini masih mengeluarkan debu.

Badan Pengurusan Bencana Indonesia memaklumkan, gunung itu mengeluarkan debu setinggi 2.1 kilometer pada jam 7.59 pagi (waktu tempatan), semalam.

Gunung Agung terletak di Bali, Nusa Tenggara Barat, Indonesia. Gunung itu mempunyai ketinggian setinggi 3,142 meter daripada aras laut dan diselitupi hutan Montane dan hutan Ericaceous.

Ketua agensi bencana, Gede Suantika berkata, sebelum gunung itu mengeluarkan debu, ia mengeluarkan wap bercampur dengan sedikit debu pada 25 November lalu.

“Kadangkala lava dan magma sukar dikeluarkan apabila ada tekanan, dan ia akan mengeluarkan debu,” katanya.

Gunung Agung berupaya mencetuskan gegaran kuat, menunjukkan peningkatan aktivitinya sejak beberapa minggu lalu.

Keadaan itu juga mencetus kebimbangan berlakunya letusan kuat seperti pada 1963 yang mengorbankan lebih 1,000 nyawa. – Agensi

The post Gunung berapi Agung masih aktif appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian