Guru Bukan Islam Sokong Amalan Solat Berjemaah di Sekolah

 

Sekolah, bukan hanya tempat mendidik intelektual untuk menjadikan anak-anak bangsa kita kita pintar dan pandai, jauh lebih besar dari itu, sekolah juga berperanan membentuk akhlak anak-anak kita.

Jika kita sekadar menghantar anak-anak ke sekolah sekadar untuk pandai membaca, menulis dan mengira, maaf cakap, burung kakak tua juga boleh diajar untuk bercakap. Namun, anak-anak kita bukan burung kakak tua. Mereka adalah generasi yang akan memimpin masa depan Agama, Bangsa dan Negara.

Arahan Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan berkenaan kewajipan solat berjemaah kepada pelajar sekolah telah dijadikan isu oleh kumpulan liberal yang bertuhankan hawa nafsu. Perkara ini sepatutnya mendapat sokongan semua pihak kerana ia usaha yang amat baik.

Pengalaman saya sebagai guru di sebuah sekolah menengah kebangsaan melihat dan merasai sendiri realiti yang berlaku di medan. Mereka, kumpulan liberal ini hanya pandai bercakap tetapi tidak langsung merasai dan melalui dunia pelajar-pelajar di sekolah.

Di sekolah yang saya mengajar, sememangnya pihak sekolah telah mewajibkan pelajar-pelajar untuk menunaikan solat berjemaah. Untuk pelajar sesi pagi, pelajar wajib solat zohor berjemaah sebelum pulang, manakala pelajar sesi petang wajib menunaikan solat zohor dan asar berjemaah.

Apa yang lebih menarik adalah, guru-guru kaum Cina dan India di sekolah menyokong peruntukan masa khas untuk pelajar-pelajar Islam menunaikan solat berjemaah. Ini kerana mereka amat memahami bagaimana Islam menekankan aspek pembentukan akhlak melalui penerapan nilai-nilai agama dalam kehidupan.

Mereka begitu memahami perkaitan antara penekanan menjaga solat dengan disiplin pelajar. Apa yang mereka lihat melalui pengalaman sendiri mengajar pelajar beragama Islam ialah, pelajar yang bermasalah kebiasaannya adalah pelajar yang culas dalam mengerjakan solat. Sebaliknya pelajar yang patuh pada disiplin dan peraturan adalah pelajar yang berterusan menjaga solat.

Pelajar-pelajar yang menjaga solat ini juga adalah pelajar yang yang sangat menghormati guru-guru tak kira apa bangsa samaada India, Cina dan Melayu. Mereka ini juga adalah kumpulan pelajar yang rajin di dalam kelas. Ini merupakan pengalaman guru-guru bukan Islam di sekolah saya mengajar.

Kami tidak ada masalah untuk bekerjasama dalam mendidik anak-anak bangsa malah saling bantu-membantu antara satu sama lain kerana di mata kami, anak-anak ini semua adalah anak-anak kita bersama. Kita perlu bimbing mereka ke jalan yang betul dan benar.

Oleh itu, saya tidak boleh faham, mengapa ada umat Islam sendiri yang mempertikaikan usaha yang baik seperti ini?

Bukankah lebih beruntung kita semua, apabila ada pihak yang sanggup memberikan lebih masa dan tenaga mereka untuk mendidik anak-anak kita agar solat? Bukankah semua ibu-bapa sepatutnya suka dan gembira kerana solat anak kita dijaga dengan baik?

Manusia bertuhankan apakah yang sanggup membiarkan anak-anak kita begitu tanpa bimbingan dan panduan yang betul?

Apakah kumpulan liberal ini tidak pernah mendidik anak-anak mereka untuk bersolat berjemaah? Atau pada mereka, solat anak-anak mereka adalah urusan peribadi anak-anak, dan biar mereka tentukan sendiri?

Bukankah Nabi S.A.W telah memperingatkan agar mendidik anak-anak untuk bersolat sejak kecil lagi.  Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jadi kumpulan liberal ini mengambil panduan dan rujukan dari mana?

 

 

Ustazah Nur Azimah Abdul Rahman

Ahli i-Guru Melaka

Guru Sekolah Menengah

 

 

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian