Hadiah RM101.74 juta jika dapat tangkap Al-Bahgdadi

LONDON, 2 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Pakatan tentera diketuai Amerika Syarikat (AS) mengedarkan poster di wilayah barat Iraq dengan mengumumkan hadiah AS$25 juta (RM101.74 juta) kepada sesiapa yang memberi maklumat hingga tertangkapnya pemimpin Daesh, Ibrahim Awwad Al-Badri atau lebih dikenali sebagai Abu Bakr Al-Baghdadi.

Seorang kolonel tentera Iraq memberitahu agensi berita Al-Araby Al-Jadeed bahawa pesawat Amerika telah meninjau seluruh kawasan padang pasir Iraq dan mengedarkan poster Al-Baghdadi kepada penduduk.

Ditanya sama ada Al-Baghdadi bersembunyi di padang pasir Iraq, beliau berkata:

“Ada tanda-tanda bahawa dia mungkin bersembunyi di kawasan padang pasir dan kami juga berharap dia berada di padang pasir. Kami telah mengepung padang pasir dari lima penjuru.

“Jika dia telah melarikan diri ke Syria; jika kami menerima pengesahan bahawa Al-Baghdadi memang berada di Syria, ada perintah dari Baghdad untuk menyeberang ke wilayah Syria. Pakatan tentera antarabangsa lebih suka untuk menangkap Al-Baghdadi daripada membunuhnya.”

Ketua puak anti-Daesh, Faisal Al-Assafi berkata, Amerika sedang menumpukan pencarian di padang pasir kerana percaya Al-Baghdadi atau pembantu kanannya berada di kawasan itu.

Sebelum ini, AS tidak dapat mengesahkan laporan pihak Russia yang mengatakan Al-Baghdadi mungkin terbunuh dalam satu serangan di Syria.

“Kami tidak dapat mengesahkan laporan itu,” kata jurucakap pakatan ‘Operation Inherent Resolve’ di Syria dan Iraq, Kolonel Ryan S Dillon.

Terdahulu, tentera Russia mendakwa Al-Baghdadi terbunuh dalam serangan udara di kubu kuat Daesh di Raqqa, Syria.

Laporan itu menyebut komander kanan IS, 30 pegawai pelbagai pangkat dan kira-kira 300 anggotanya terbunuh dalam serangan itu.

Al-Baghdadi atau nama penuhnya Ibrahim Awwad Ibrahim al-Badri dilahirkan pada 1971 di Samarra, bandar lama di utara Baghdad yang kenali sebagai ‘Sunni Triangle’.

Dia dikenali sebagai pendakwah di beberapa masjid ketika AS menceroboh Iraq pada 2003. Laporan menyebut dia seorang yang radikal ketika dalam tahanan di Kem Bucca – penjara AS di selatan Iraq – di mana ramai pemimpin al-Qaeda turut ditahan.

Dia muncul sebagai pemimpin al-Qaeda di Iraq, salah satu kumpulan yang kemudian menjadi ISIL pada 2010 dan IS pada 2014, dan semakin terkenal selepas penggabungan dengan rangkaian al-Qaeda, Al-Nusra, gagal.

Dia juga tidak menumpahkan taat setia kepada pemimpin al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri, yang menggesa IS menumpukan kepada Iraq dan meninggalkan Syria kepada Al-Nusra.

Al-Baghdadi dan pengikutnya kemudian berpecah dengan al-Qaeda dan membentuk kumpulan pelampau terbabit dalam pembunuhan beramai-ramai bukan Islam dan Syiah.

Pada 2014, selepas kumpulannya menawan Mosul dan beberapa kawasan lain di barat Iraq, dia mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah di Masjid al-Nuri di Mosul. – Agensi

The post Hadiah RM101.74 juta jika dapat tangkap Al-Bahgdadi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian