Hamas desak PA batal Perjanjian Oslo

GAZA, 11 Rabiulakhir 439H, Sabtu – Seorang pegawai kanan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menegaskan Pihak berkuasa Palestin (PA) mesti mengumumkan pembatalan Perjanjian Oslo yang ditandatangani dengan rejim Israel pada 1993.

Shehab.ps hari ini melaporkan, Mahmoud Al-Zahar ketika bercakap kepada stesen televisyen Turki, Channel 9, berkata perjanjian itu tidak memberi apa-apa makna kepada negara Palestin, kecuali kemusnahan.

“Dan, bab terakhir kepada perjanjian itu ialah apabila Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel,” katanya.

Sambil menegaskan bahawa rakyat Palestin perlu berpegang kepada pelbagai pilihan penentangan, termasuk menggunakan senjata, beliau menegaskan bahawa PA juga perlu mengisytiharkan keseluruhan Palestin adalah wilayah yang dduduki.

Bagaimanapun, Mahmoud berkata, PA enggan membatalkan Perjanjian Oslo. 

Beliau menegaskan bahawa bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat terbunuh kerana beliau mahu menggunakan perjuangan bersenjata untuk mendorong Israel berpaling kepadanya dan mengadakan rundingan bagi mencapai kemenangan politik.

Mengenai perdamaian Hamas dan Fatah, Mahmoud berkata, Hamas memberi segala-galanya bagi memastikan perjanjian damai itu mencapai kejayaan.

Namun, katanya, Hamas tidak akan sesekali menerima penangguhan yang berterusan sekiranya PA terus menolak untuk bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Semenanjung Gaza.

Sementara itu, jurcakap Hamas, Fawzi Barhoum dalam satu kenyataan hari ini, mengutuk kenyataan Duta Israel ke Amerika Syarikat (AS), David Friedman yang menyifatkan penolakan rakyat Palestin terhadap perisytiharan Trump, adalah satu provokasi dan anti-Semitik.

“Komen itu mencerminkan kejahilannya mengenai warisan dan hak rakyat Palestin ke atas tanah mereka dan mengetepikan undang-undang antarabangsa berkaitan Baitulmaqdis,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, sudah tiba masanya Perjanjian Oslo yang lebih menyebabkan kesusahan kepada rakyat Palestin dibatalkan. – Agensi

The post Hamas desak PA batal Perjanjian Oslo appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian