Harga petrol turun 1 sen, diesel 4 sen

BANGI, 17 Rabiulawal 1439H, Rabu – Harga runcit bahan api mengalami penurunan bermula tengah malam ini.

Berdasarkan harga baharu yang diumumkan sebentar tadi, RON95 dan RON97 turun sebanyak 1 sen.

RON95 akan dijual pada harga RM2.29 berbanding RM2.30 sebelum ini. Manakala, RON97 pula akan dijual RM2.57 seliter berbanding RM2.58 minggu lalu.

Sementara itu, harga semasa diesel pula turun 4 sen pada harga RM2.21 sen, berbanding RM2.25 sebelumnya.


Harga terbaru ini berkuat kuasa mulai tengah malam ini selama seminggu sehingga 13 Disember depan.

Mulai April tahun ini, penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan akan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12 tengah malam.

The post Harga petrol turun 1 sen, diesel 4 sen appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian