Hujan lebat, angin kencang di Johor
BANGI, 26 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang di beberapa daerah di Johor.
Jabatan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi memaklumkan, keadaan cuaca buruk berkenaan dijangka berterusan sehingga 7 petang ini.
Keadaan itu dijangka melanda daerah Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Pontian.
MetMalaysia masih mengekalkan amaran cuaca waspada di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula Ahad sehingga Rabu depan.
The post Hujan lebat, angin kencang di Johor appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan