Hujan tidak patahkan semangat Remaja ISMA
Hujan lebat yang mengiringi program FINALE Zon Pantai Timur baru-baru ini tidak mematahkan semangat ahli Kelab Remaja ISMA untuk beraksi dalam aktiviti-aktiviti lasak yang telah dijadualkan dalam program tersebut.
“Hujan memang lebat, tetapi peserta masih mampu meneruskan aktiviti-aktiviti lasak yang diberikan,” ujar Saudari Nor Zafirah Roslan salah seorang pengiring yang membawa peserta dari Ipoh.
FINALE Zon Pantai Timur tersebut disertai oleh peserta daripada Kuala Lumpur, Perak, Pahang dan Terengganu. Tambah Saudari Zafirah lagi, “walaupun peserta datang daripada lain-lain kawasan, mereka boleh bekerjasama dan tidak rasa kekok.”
Program ini dijalankan sebagai usaha untuk membangunkan jati diri remaja dengan skala nasional serta membangunkan potensi kepimpinan dan kemahiran sukan melalui adunan pelbagai program dan modul yang berimpak tinggi.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan