Iktibar Palestin

Al-Quds ibu negara haram Israel, kita patut marah, tapi…

Kita memang patut geram
Tapi kita selama ini selalu tiada ketika perbarisan solat subuh di masjid.

Kita memang patut kutuk Amerika
Tapi kita sekeluarga selalu melopong tengok filem Amerika
Kita gagal kawal diri sendiri
Kita gagal kawal anak-anak sendiri

Kita memang patut bangkit menentang
Tapi kita selama ini berat mulut menegur kesalahan kaum keluarga sendiri melanggar ajaran agama

Kita memang patut melenting
Tapi kita selama ini tidak boleh disiplin diri dan kawal nafsu untuk bekerja secara kolektif membangunkan umat Islam, secara sukarela tanpa gaji.
Kita banyak alasan apabila diminta beri komitmen.

Kita memang patut marah
Tapi kita culas infaq wang setiap bulan untuk perjuangan Islam, khususnya di Palestin

Kita marah-marah di FB
Tapi banyak masa kita habiskan main “game” atau duduk di kedai kopi bersembang berjam-jam.

Kita terpekik-pekik marahkan Israel
Tapi kita bising semasa PAU saja, atau depan wartawan
Sedangkan Islam dihina di tanah air sendiri kita senyap sebab takut hilang undi puak kafir.

Kita memang patut mengaum apabila tanah Palestin tergadai
Tapi kita yang biar tanah dan pasir dikaut berlori-lori dibawa keluar dari kampung sendiri, asal duit poket bulanan cukup-cukup makan.

Kita memang patut pertahankan orang Palestin
Tapi kita pun turut pertahankan hak LGBT, ateis Melayu di negara sendiri.

Hangat-hangat tahi ayam
Iman bermusim
Memekik melolong saja, tak ada guna
Cakap tak serupa bikin, lagi tak boleh pakai

Iman yang mendalam, akal yang berilmu, nafsu yang terdidik, amal kolektif yang berterusan, itu saja jawapannya.

 

Ahli Majlis Syura Isma

Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman

 

The post Iktibar Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian