Israel lulus AS$11 juta untuk penempatan haram Yahudi

TEL AVIV, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Kabinet Israel meluluskan AS$11 juta pembiayaan untuk kegiatan pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat, dalam satu mesyuarat antara Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan kumpulan Zionis.

Menurut akhbar harian Israel, Haaretz, Netanyahu mengadakan pertemuan dengan kumpulan berkenaan sebagai usaha mendapatkan sokongan mereka, susulan siasatan dua kes rasuah yang dijalankan terhadapnya.

Dalam pertemuan itu, kumpulan Zionis menggesa Netanyahu memberi lebih keutamaan terhadap rancangan penempatan haram Israel, kata laporan itu.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Israel menafikan perkara tersebut termasuk pembiayaan yang diluluskan Kabinet itu.

Netanyahu sebelum ini disyaki terlibat dalam dua kes rasuah berasingan dan telah disoal siasat oleh pihak berkuasa sebanyak tujuh kali.

Pemimpin Israel itu dikatakan menerima hadiah mewah daripada ahli perniagaan. Bagaimanapun, Netanyahu menafikan semua dakwaan salah laku tersebut.- Agensi

The post Israel lulus AS$11 juta untuk penempatan haram Yahudi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian