Israel negara penjajah: Erdogan

ISTANBUL, 21 Rabiulawal 1439H, Ahad – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan meningkatkan lagi kecamnannya terhadap keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Katanya, keputusan AS adalah batal dan tidak sah bagi Ankara.

“Trump meneruskan langkah dengan berkata ‘saya sudah lakukan, ia sudah berakhir! Maaf, gagah tidak memberikan kamu hak seumpama itu.

“Pemimpin negara besar ada misi untuk mewujudkan keamanan. Bukan mencetuskan konflik,” katanya dalam ucapan di Istanbul, semalam.

Selepas Trump mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel Khamis lalu, puluhan ribu rakyat Palestin mengadakan protes di wilayah yang diduduki sebagai bantahan.

Dilaporkan dua rakyat Palestin terbunuh dan beratus-ratus lagi cedera dalam pertempuran berasingan dengan Israel.

Menyifatkan Israel sebagai negara penceroboh apabila menggunakan keganasan terhadap penduduk Palestin, Erdogan berkata, umum tahu Baitulmaqdis adalah kesayangan umat Islam.

“Israel negara penjajah. Kini mereka menggunakan keganasan dan mengebom penduduk muda dan kanak-kanak,” katanya. – Agensi

The post Israel negara penjajah: Erdogan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian