Isu Baitulmaqdis: Jakim ajak umat Islam adakan solat hajat

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 19 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyeru umat Islam di Malaysia mengadakan solat hajat khusus mendoakan Baitulmaqdis dan seluruh bumi Palestin kekal terpelihara.

Ia susulan pengumuman yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, semalam.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha dalam satu kenyataan hari ini berkata, tindakan kerajaan AS yang diterajui Trump itu amat tidak wajar, sekaligus menafikan hak kedaulatan negara Palestin termasuk menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

“Justeru, Jakim sama sekali tidak menyokong cadangan untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel memandangkan bumi Palestin adalah hak milik umat Islam dulu kini dan selamanya.

“Tindakan pelbagai pihak menganjurkan perhimpunan solidariti secara aman adalah amat signifikan sebagai memberi sokongan terhadap rakyat Palestin dan menunjukkan protes kita terhadap cadangan Baitulmaqdis untuk dijadikan sebagai ibu negara Israel,” katanya.

Selain mengisytihar Baitulmaqdis sebagai ibu negara rejim Israel yang baharu, Trump turut mengumumkan AS sedang membuat persiapan bagi memindahkan kedutaannya di Tel Aviv ke Baitulmaqdis, wilayah Palestin yang diceroboh rejim Zionis yang turut menempatkan masjid suci ketiga umat Islam – Masjid Al-Aqsa.

Trump berkata, beliau juga telah mengarahkan Jabatan Negara membuat persiapan bagi memindahkan kedutaan Amerika dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

The post Isu Baitulmaqdis: Jakim ajak umat Islam adakan solat hajat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian