Isu tanah Felda: Isa Samad kata tiada sidang media

BANGI, 12 Rabiulakhir 1439H, Ahad – Tiada sebarang sidang media akan dibuat bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berhubung kes pertukaran hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Mohd Isa hari ini, kerana mahu mengelakkan timbul salah faham mengenai kontroversi yang terpalit pada dirinya itu.

“Tidak ada (sidang akhbar). Kalau nak cari gaduh, bolehlah. Kita bukan nak cari gaduh,” katanya seperti dilapor Utusan Online, hari ini.

Mohd Isa mengulangi kenyataannya untuk sedia memberi kerjasama apabila dipanggil polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Bagaimanapun jelasnya, sehingga kini beliau masih belum dipanggil untuk merakamkan kenyataan.

“Kalau polis panggil, orang pertama saya bagitahu press lah (media). Saya pun tak ada apa persediaan, sebab tak tahu apa soalan (polis) nanti,” katanya.

Sebelum ini, akhbar Berita Harian (BH) melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah berstrategik di Jalan Semarak, yang dianggarkan bernilai lebih RM270 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.

Isa dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai Pengerusi Felda pada 2011 hingga Januari lalu. Isa juga adalah Pengerusi Felda Global Venture Holdings Bhd (FGV) mulai Januari 2011 hingga Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada Julai 2013.

Pelantikannya menimbulkan persoalan kerana beliau yang juga bekas Naib Presiden UMNO pernah dikenakan tindakan tatatertib kerana mengamalkan politik wang ketika pemilihan UMNO.

Berikutan beberapa siasatan yang dilakukan terhadap Felda, Isa kemudian meletak jawatan pada Jun lalu.

Pertukaran hak milik secara rahsia itu dipercayai dilakukan pada 2015, ketika Isa menjadi Pengerusi Felda.

The post Isu tanah Felda: Isa Samad kata tiada sidang media appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian