Jangan Paksa Anak Hafaz Al-Quran – Ummi Profazz

Kajang, 3 Disember – “Ummi tidak memaksa anak-anak ummi untuk menghafaz Al-Quran, terpulang kepada keinginan mereka. Asalkan anak-anak berakhlak dengan Al-Quran, menjadi anak yang soleh, berbakti kepada ibu bapa, dan menyumbang kepada ummah.”

“Namun begitu, budaya dan keinginan menghafaz ini dapat dipupuk sejak dari kecil dengan memberi pendedahan awal serta ibu bapa perlu ada matlamat keluarga yang jelas.” berikut perkongsian oleh Ummi Profazz, Hajah Siti Nadzrah Sheh Omar dalam Forum Bicara Hikmah – Membina Generasi Al-Quran anjuran Biro Keluarga & Masyarakat Isma (BKM) cawangan Hulu Langat.

“Umur 16 tahun merupakan umur yang sesuai bagi anak untuk masuk sekolah tahfiz secara penuh. Di peringkat umur ini, anak lebih matang dan jelas tujuannya untuk menghafaz Al-Quran.” tambah beliau lagi.

Beliau turut berkongsi pengalaman mendidik 5 orang anak lelaki yang semuanya telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran.

Forum Bicara Hikmah ini merupakan salah satu slot dalam program Huffaz Cilik Nazim yang telah berlangsung selama 3 hari melibatkan aktiviti hafazan, jom kreatif dan juga memanah.

Program Huffaz Cilik Nazim yang dilangsungkan di Surau Al-Islah, Taman Kajang Mewah ini juga telah berjaya menarik seramai 75 orang peserta.

Ammar Ahmad Raji

Wartawan Isma Hulu Langat

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian