Kata Pedang: Marilah kita solat sunat

Suhu di seluruh dunia sekarang panas.

ITULAH tajuk yang dikehendaki! Ada nilai tarikan? Pedang nak letak tajuk “BANGANG’ – ini ada ‘penarik’. Tapi tajuk di atas, boleh menarik minat orang membaca? Ya! mungkin dapat menarik pembaca kerana yang menulisnya adalah Pedang.

Mereka mungkin terkejut – apa hal pula dengan Pedang? Tak semena-mena mengajak untuk solat sunat. Tak macam biasa. Buka bicara sahaja terus belasah, sepak terajang. Tajuk juga lain macam. Tapi hari ini lain pula. Yalah! Sekarang musim banjir.

Tapi, itulah tajuk yang ‘suci, murni’ walaupun tiada tarikan – Menarik pembaca sudah tak penting. Yang, tak pernah terbabit dalam dunia mencari, membuat, memberi tajuk berita dan mengedar berita, lebih mengetahui apa yang dikehendaki. Orang yang menulis tidak lagi boleh mengajak dan membawa pembaca ke dunia mereka.

Apa pula kaitan gambar keadaan suhu dunia dalam tulisan ini? Baca lagi…

Namun, yang pasti solat lima waktu sehari semalam adalah wajib kepada umat Islam. Sebaik sahaja lahir ke dunia, bayi orang Islam sudah diseru supaya bersolat. Yang menentang umat Islam bersolat, tak kiralah di mana, hatta di sekolah sekalipun, mungkin masa dia dilahirkan dulu tidak diazankan di telinganya.

Petang tadi Pedang baru selesai minum teh dengan seorang rakan. Pedang kata, hari ini Pedang nak tulis mengenai solat sunat. Rakan Pedang terkejut. Dia ingat Pedang nak tulis hentam orang yang membantah cadangan Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan supaya pelajar solat berjemaah dulu di sekolah sebelum pulang.

Pedang hanya senyum saja. Dia tak tahu ‘temperature’ Pedang sejak jam 4.21 pagi tadi tinggi, walaupun duduk dalam aircorn.

Memang Pedang nak komen isu solat berjemaah di sekolah yang ditentang oleh sesetengah orang Islam sendiri, termasuk bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Saifuddin Abdullah dan Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Noor Azimah Abdul Rahim, dan hari ini oleh Zaid Ibrahim. Tapi sekarang tak boleh. Ada kekangan.

Lama dah Pedang kenal Saifuddin – tahun 80-an lagi, sebelum dia jadi timbalan menteri pun.

Dah banyak hari isu ini dibangkitkan. Tapi Pedang diam dulu sebab bagi peluang kepada orang lain bagi komen. Komen-komen mereka ini lembut-lembut belaka.

Tapi kalau Pedang komen, faham-faham saja la lah. Pedang pukul habis. Pedang jadi ‘killer’ macam kita main sepak takraw. Lantak lah apa pembaca nak komen. Biasa lah ada orang setuju dan ada orang yang tak setuju dengan cara kita. Komen orang yang bagi komen pun ada yang dipersetujui dan ada yang tak setuju. Resam dunia. Yang penting apa tujuan kita, niat kita.

Jadi Pedang diamlah isu itu, namun pendirian Pedang teguh. Seteguh perintah Allah Taala dalam ayat 8 surah Al-Qalam yang bermaksud:

Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (agama Allah).”

Cerita solat sunat pula. Selain yang lima diwajibkan, ada juga solat-solat sunat sebelum dan selepasnya dikenali sebagai sunat Rawatib. Tak susah pun untuk kita lakukan solat sunat.

Dua rakaat sebelum Subuh; empat rakaat (dua muakkad) sebelum Zohor dan empat rakaat (dua muakkad) selepas Zohor; empat rakaat (tidak muakkad) sebelum Asar (tiada solat sunat selepas Asar), dua rakaat (tidak muakkad) sebelum Maghrib dan dua rakaat (muakkad) selepas Maghrib; serta dua rakaat (tidak muakkad) sebelum Isyak dan dua rakaat (muakkad) selepas Isyak.

Banyak kelebihannya. Laksanakan lah. Pedang sendiri alami dan rasai kelebihan mengerjakan solat-solat sunat sebelum dan selepas solat lima waktu itu. Sukar Pedang nak gambarkan kelebihan solat-solat sunat sebelum dan selepas solat lima waktu.

Pedang nak cerita panjang mengenai solat sunat ni pun malu, sebab pembaca ismaweb.net banyak yang pandai-pandai.

Pedang rasa pembaca ismaweb.net lebih mengetahui. Tambah-tambah mereka yang banyak memberi komen dalam Facebook mengenai ismaweb.net, tapi tak tahu membezakan apakah itu portal berita. Dan, walaupun ada nama Isma di awal nama portal ini, sebenarnya ia tiada kaitan dengan polisi dan dasar Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

Kalau nak lihat siapa Isma layari lah http://isma.org.my/v2/. Pergi ke laman ini, lihat dan baca. Lihatlah bezanya isma.org dan ismaweb.net sebagai portal berita.

Bagi ismaweb.net, sebagai portal berita, kami boleh menyiarkan apa sahaja berita yang ada kaitan dengan Islam dan Melayu.

Jika berita itu suatu pendedahan keburukan NGO atau parti politik, atau orang Islam lahir anak luar nikah atau apa-apa maksiat yang dilakukan orang Islam, adakah kami akan diam tidak menyiarkan berita itu? Tidak, kami akan siarkan dan diharap berita itu akan menjadi iktibar kepada orang lain, anak cucu kita supaya menjauhinya.

Itulah pendirian ismaweb.net, apa lagi sebagai portal berita yang menyajikan pelbagai maklumat untuk orang ramai. Jadi janganlah menunjukkan kepandaian anda memberi komen, sedangkan anda sebenarnya bangang dalam apa itu ‘news portal’.

Pedang teringat dulu masa bertugas sebagai pemberita di Alor Setar dalam tahun 1980-an. Ada seorang rakan dari akhbar berbahasa Inggeris dimarahi oleh bosnya (sudah meninggal dunia) menerusi telefon, kerana berita yang ditulisnya sukar difahami oleh bosnya. Lalu bosnya berkata kepadanya:

“….ada tak bangunan yang tinggi di Alor Setar”. Jawab rakan Pedang, “Ada… bangunan Persekutuan”. Bos dia pun kata lagi, “Ok.. kalau macam tu engkau naik bangunan itu di atas sekali, engkau ajak sama …. engkau dua-dua naik atas bumbung bangunan tu”.

Rakan Pedang tanya, “Buat apa”. Jawab bos dia, “Berita engkau tulis ni aku tak faham, so, engkau dengan … naik bangunan tu dan terjun.. lagi bagus.” ???

Kata Pedang: Saifuddin pun bila dah menentang seruan dan galakan supaya pelajar solat berjemaah di sekolah sebelum pulang, bolehlah naik bangunan tinggi, ajak sekali Noor Azimah dan TERJUN.


(KATA PEDANG ADALAH SEGMEN LIDAH PENGARANG ISMAWEB.NET. PANDANGAN KATA PEDANG TIDAK MEWAKILI PENDIRIAN RASMI IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA), SEBUAH PERTUBUHAN ISLAM DAN MELAYU SEDERHANA)

The post Kata Pedang: Marilah kita solat sunat appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian