Kebakaran asrama tak patah semangat cemerlang PT3

REMBAU, 25 Rabiulawal 1439H, Khamis – Kehilangan buku latihan dan nota dalam satu kebakaran di asrama perempuan Sekolah Tinggi Islam As Sofa (STIAS) pada September lalu, kira-kira dua minggu sebelum menduduki kertas peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3), tidak mematahkan semangatnya.

Hasil usaha gigih, Siti Nabilah Hamzah menggenggam keputusan 7A daripada 11 subjek yang diambil, sambil berkata, kejadian yang berlaku dianggap sebagai ketentuan Ilahi.

“Kami hilang buku teks Tingkatan Satu dan Dua, nota-nota dulu yang sudah dibuat, buku latihan semua terbakar.

“Seminggu sebelum bermula PT3, Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman telah memberi wang sebanyak RM350 kepada setiap pelajar dan pada masa itu kami telah menggunakan duit tersebut untuk membeli buku rujukan tambahan selain meminta kepada cikgu kalau ada nota yang lepas untuk dibuat balik,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dia, yang merupakan anak bongsu dari tujuh adik-beradik, berkata kejadian kebakaran tersebut membuatkannya seakan trauma sewaktu menjawab kertas PT3.

“Mula-mula memang sangat trauma, paling teruk sehari selepas kejadian dan untuk memulihkan kemabali semangat, saya mengambil masa seminggu. Ketika saya menjawab peperiksaaan masih tergiang-ngiang di fikiran mengenai kejadian tersebut.

“Ketika di dalam dewan peperiksaan saya duduk di sebelah pintu, bila saya terpandang asrama baru saya masih teringat kenangan di asrama lama,” katanya.

ementara itu, seorang lagi pelajar, Siti Muna Izzah Kamaruddin berkata ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan adalah antara yang tak putus-putus memberikannya semangat untuk menghadapi peperiksaan PT3.

“Mak ayah memberi semangat, sokongan dan dorongan supaya saya kuat. Ketika itu juga, guru-guru sentiasa tabahkan kami. Kawan-kawan dari institusi lain juga turut memberi semangat.

Mak berpesan supaya sentiasa kuat, belajar biar apapun berlaku, sudah lepas biar lepas jangan diingat, jika nota yang hilang boleh buat dan ada masa untuk buat,” katanya yang memperoleh keputusan 6A.

Dalam kejadian pada 28 September lepas, kira-kira pukul 1.40 pagi, asrama perempuan di Kampung Nerasau, Kota dekat sini, musnah terbakar, namun semua 37 pelajar berusia 13 hingga 17 tahun berjaya menyelamatkan diri.

Sementara itu, seramai 71 calon yang menduduki PT3 di STIAS, dan daripada jumlah tersebut seramai lapan pelajar memperoleh 7A, 10 pelajar memperoleh 6A dan 15 pelajar memperoleh 5A manakala ramai berada dalam kelompok yang memperoleh lain-lain gred. – Bernama

The post Kebakaran asrama tak patah semangat cemerlang PT3 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian