‘Kerajaan India perlu bersihkan nama saya’: Dr Zakir Naik

KUALA LUMPUR, 1 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Dr Zakir Naik menuntut kerajaan India membersihkan nama beliau sebagai pendakwah antarabangsa, susulan pembatalan Notis Merah terhadapnya oleh pasukan polis antarabangsa (Interpol) baru-baru ini.

Katanya, beliau berhak menerima pengadilan sewajarnya daripada pihak berkuasa India.

Ini kerana, Interpol secara jelas mendapati tiada bukti kukuh untuk mensabitkan dirinya dengan tuduhan yang dilemparkan, kononnya beliau adalah pengganas.

“Alhamdulillah. Anda telah mendengar berita pembatalan notis arahan tangkap ke atas saya oleh Interpol. Saya berharap kerajaan India memberi keadilan sewajarnya kepada saya dengan membersihkan nama saya daripada tuduhan yang dibuat.

“InsyaAllah, perkara itu akan berlaku kerana kebenaran datang melalui jalan yang tidak dijangka. Ia telah terjadi di peringkat antarabangsa dan Insya-Allah akan berlaku di India juga,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Terdahulu, Agensi Siasatan Kebangsaan India (NIA) membuat pendakwaan terhadap Dr Zakir Naik dengan mengatakan beliau mengetuai persatuan menyalahi undang-undang, menghasut orang muda bertindak ganas dan menyertai kumpulan global seperti Daesh.

NIA turut mendakwa, Dr Zakir sengaja menghina kepercayaan Hindu, Kristian, dan aliran Islam seperti Syiah, Sufi dan Barelvi.

Bagaimanapun Sabtu lalu, Interpol memba­talkan notis arahan tangkap terha­dap Dr Zakir dan mengarahkan pejabatnya di seluruh dunia memadam segala data mengenai pendakwah antarabangsa itu, daripada fail mereka.

Langkah itu di­buat berikutan pihak berkuasa India didapati gagal untuk mengekstradisi Dr Zakir yang kini berada di Malaysia.

The post ‘Kerajaan India perlu bersihkan nama saya’: Dr Zakir Naik appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian