Larangan jual arak patut dilaksana seluruh negara

BANGI, 6 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Baru-baru ini Gerakan Anti-Arak Murah Malaysia mendesak kerajaan Pulau Pinang menarik balik kebenaran kepada pasar raya dan kedai runcit yang menjual arak beralkohol tinggi. 

Pendakwah terkenal, Datuk Hassan Mahmud Al-Hafiz menyambut baik cadangan berkenaan, namun mahu ia dilaksanakan juga di seluruh Malaysia.

Katanya, jangan hanya di Pulau Pinang, larangan itu perlu dikuat kuasa di semua negeri.

Ini kerana, jika pelaksanaan itu dibuat di Pulau Pinang sahaja, ia tidak begitu berkesan umpama hanya menutup satu pintu sahaja dan membiarkan yang lain terbuka.

“Sebab itu ia perlu dilaksanakan di seluruh negara ini,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Mengulas lanjut Datuk Hassan berkata, pengambilan minuman beralkohol hanya mengundang kesan negatif, malah turut memecah belahkan masyarakat di negara ini.

“Jika kita lihat, banyak pemimpin dunia di luar sana yang bercelaru yang berpunca  pengambilan alkohol dalam kehidupan harian mereka,” katanya.

The post Larangan jual arak patut dilaksana seluruh negara appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian