Lima cedera dalam serangan bom di New York


NEW YORK, 23 Rabiulawal 1439H, Selasa – Sekurang-kurangnya lima orang tercedera dalam satu serangan bom di New York, semalam.

Pihak berkuasa berkata, mangsa hanya mengalami kecederaan kecil akibat serangan itu.

Serangan itu dipercayai dilakukan oleh seorang lelaki Bengali berusia 27 tahun.

Lelaki itu dilaporkan menggunakan bom paip buatan sendiri dan meletupkannnya di sebuah laluan di terminal bas berhampiran Times dan menyebabkan huru-hara di salah sebuah hab komuter tersibuk di bandar, kata para pegawai.

Polis mengenal pasti suspek dalam tahanan sebagai Akayed Ullah, 27.

Suspek itu juga dipercayai terlibat dengan kumpulan militan Daesh secara atas talian dan memberitahu penyiasat dia bertindak bersendirian. – Agensi

The post Lima cedera dalam serangan bom di New York appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian