Mahkamah lanjut reman lelaki kes bunuh di stesen minyak

JOHOR BAHRU, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Mahkamah Majistret di sini, hari ini membenarkan permohonan polis untuk melanjutkan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi di sini, 17 Disember lepas.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias membenarkan tempoh reman lelaki itu dilanjut selama tujuh hari sehingga 4 Jananuari ini selepas dipohon oleh pegawai penyiasat kes berkenaan.

Lelaki berumur 22 tahun itu adalah antara tujuh individu yang ditahan di Singapura pada 20 Disember lepas sebelum mereka direman seminggu yang berakhir hari ini.

Bagaimanapun, enam yang lain serta seorang lagi suspek yang ditahan di sini pada 21 Disember lepas dan direman bersama-sama, dibebaskan hari ini selepas siasatan terhadap mereka selesai.

Difahamkan, lelaki yang disambung reman itu dipercayai individu yang mempunyai maklumat mengenai suspek utama kejadian berikutan ada keterangan saksi menunjukkan dia bertemu dengan suspek utama kes pembunuhan itu sebelum kejadian itu berlaku.

Pada 17 Disember lepas, seorang lelaki diserang sekumpulan empat lelaki yang menaiki sebuah kereta BMW 520D sebelum mati ditikam, dilanggar dan digilis dengan kenderaan itu dalam kejadian 7.30 malam itu.

Susulan kejadian itu, polis Johor menahan 15 individu melibatkan 11 lelaki dan empat wanita secara berasingan di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Singapura bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, polis mengesahkan sudah menemukan kereta BMW 520D yang dipercayai terlibat dalam kejadian bunuh itu di sebuah kebun kelapa sawit di Ayer Balai, dekat Pontian dan usaha digiatkan bagi memburu tiga suspek utama yang dipercayai masih berada di negara ini. -Bernama

The post Mahkamah lanjut reman lelaki kes bunuh di stesen minyak appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian