Majlis Keselamatan PBB kutuk keputusan Trump

NEW YORK, 20 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengutuk keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Lapan negara dalam majlis itu menggesa mesyuarat kecemasan di ibu pejabat PBB di New York pada hari Jumaat, ketika rakyat Palestin membantah di seluruh Tebing Barat yang diduduki, Jerusalem dan Gaza bagi melawan keputusan presiden AS sepanjang hari.

Majlis itu berkata, tindakan Trump merupakan satu langkah yang membawa kepada pertembungan maut di wilayah Palestin yang diduduki.

Beberapa negara dengan tegas mengutuk langkah unilateral oleh Amerika Syarikat untuk mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu negara Israel.

Trump, yang mengabaikan peringatan dari komuniti antarabangsa, mengumumkan pada hari Rabu bahawa Amerika secara rasmi mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan akan memulakan proses pemindahan kedutaannya dari Tel Aviv ke bandar raya itu.

Rakyat Palestin mahu Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negara masa depan, namun Israel mengatakan Baitulmuqaddis, yang berada di bawah pendudukan Israel, tidak dapat dibahagikan.

Masyarakat antarabangsa tidak pernah mengiktiraf tuntutan Israel ke atas seluruh bandar itu.

Duta besar dan pemerhati tetap Palestin di PBB berkata, Riyad Mansour berkata, pentadbiran Trump telah melanggar “status undang-undang, politik dan bersejarah Baitulmaqdis serta hak rakyat Palestin dan aspirasi nasional yang sah”.

“Pengumuman yang sangat dikesali … telah menimbulkan ketegangan dan risiko ketidakstabilan sepenuhnya terhadap keadaan tidak menentu ini.

“Keputusan AS tidak mengubah prinsip undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB sebelum ini yang mengatakan bahawa Israel harus menamatkan pendudukan di Baitulmaqdis Timur.

“Status Baitulmaqdis tidak boleh diubah secara sepihak atau ditentukan oleh mana-mana negeri dan keputusan ini oleh AS perlu dipertimbangkan semula dan dibatalkan,” katanya. – Agensi

The post Majlis Keselamatan PBB kutuk keputusan Trump appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian