Mesej tular bubar Parlimen 11 Januari palsu: SPR

BANGI, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai mesej yang tular di media sosial, mengenai pembubaran Parlimen pada 11 Januari depan.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata, tidak mungkin sesi Dewan Rakyat akan dibubarkan pada tarikh berkenaan.

Baru-baru ini tular dalam aplikasi WhatsApp mendedahkan Parlimen akan dibubarkan pada 11 Januari depan, manakala tarikh penamaan calon dan hari pengundian adalah pada 11 Februari dan 25 Mac 2018.

Menyifatkannya tidak munasabah, beliau berkata, PRU14 hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh ia dibubarkan.

“Ini kerana kerana tarikh pembubaran dan pengundian yang dinyatakan adalah melebihi tempoh 60 hari seperti mana yang dinyatakan di bawah Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa apabila Parlimen dibubarkan suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh ia bubar.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai tarikh yang viral ini kerana hak untuk membubarkan Parlimen adalah di bawah perkenan Yang Di Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

The post Mesej tular bubar Parlimen 11 Januari palsu: SPR appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian