Misi bantuan banjir: Yayasan Ikhlas, Bomba redah kawasan pedalaman Rantau Panjang

 

RANTAU PANJANG, 14 Rabiulawal 1439H, Ahad – Yayasan Ikhlas sebuah pertubuhan peduli dan prihatin, bersama dengan kerjasama pasukan bomba meneruskan misi bantuan banjir Pantai Timur ke kawasan pedalaman Rantau Panjang, Kelantan.

Pegawai Bomba Kelantan, Tuan Zaimi berkata, banyak badan bukan kerajaan (NGO), ahli politik yang hadir untuk memberi sumbangan.

“Ada yang pilih terus kawasan pemindahan untuk bagi bantuan, dan ada yang redah juga banjir, tapi kebanyakannya di kawasan depan sahaja.

“Kami dan pasukan sukarelawan Yayasan Ikhlas masuk dalam. Kita pergi kawasan dalam yang memang terperangkap,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Yayasan Ikhlas, Syafiq Syahmi Sazali berkata, misi kedua daripada tiga misi yang dijalankan dengan kerjasama Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) setakat ini adalah misi bantuan penyerahan makanan dan bantuan perubatan.

“Bantuan pasca banjir akan disusun apabila banjir betul-betul surut. Sumbangan semua pihak amat diharapkan,” katanya.

Sumbangan berupa barangan seperti kit makanan, kit kesihatan boleh dihantar ke pejabat Yayasan Ikhlas yang beralamat di No 27-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 1A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

Sumbangan wang tunai pula boleh disalurkan melalui Akaun Yayasan Ikhlas di CIMB Islamic : 8600 601 366, Maybank Islamic : 5628 3463 6228, Bank Rakyat : 1108 0100 1514

Jika terdapat sebarang makluman atau persoalan, boleh hubungi Yayasan Ikhlas di talian 019-3421384 (Ustaz Luqman) atau 03 8926 5954.

The post Misi bantuan banjir: Yayasan Ikhlas, Bomba redah kawasan pedalaman Rantau Panjang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian