MURAH! Kata Timbalan Menteri Pelancongan mengulas caj tambahan umrah

BANGI, 27 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Sambil mengangkat telefon bimbitnya yang menunjukkan laporan ismaweb.net mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dikenakan kepada umat Islam yang hendak menunaikan umrah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, mengulas mengenai perkara itu.

“Caj RM45 kepada setiap jemaah adalah kadar yang paling rendah kalau nak dibandingkan dengan sistem lain yang diguna pakai di tempat-tempat lain seperti di Sudan, Mesir dan Jordan. Dan RM40 pula adalah untuk insurans takaful.

“Dalam pertimbangan mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh kementerian yang merupakan perlindungan paling murah RM40,” kata Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu.

Bercakap menerusi klip video khas terbitan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK) bagi menjawab laporan yang menjadi tular itu, semalam, beliau berkata: 

“Amat memalukan apabila ada sesetengah pihak menggembar-gemburkan tentang kutipan GST yang bernilai RM5.10 itu yang dijadikan satu asas, berbanding dengan penipuan-penipuan umrah yang melebihi jutaan-jutaan ringgit yang terpaksa dihadapi oleh mereka yang terlibat dalam penipuan umrah.

“Jadi saya harap semua pihak dapat membuka mata dan juga telinga. Jadi saya harap dengan segala penerangan yang telah saya berikan tadi tolonglah janganlah nak memanipulasi pemikiran rakyat Malaysia yang hari ini terkesan dengan manipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan digembar-gemburkan tentang caj yang tidak berasas, sedangkan yang kita ingin bantu dan bendung adalah penipuan umrah itu.”

Untuk pengetahuan, GST yang dikenakan sebenarnya bukan RM5.10 seperti yang disebut beliau, tetapi berdasarkan surat yang dikeluarkan oleh Integrated Manasik Monitoring System Sdn Bhd – pengendali Sistem Pemantauan Pengendalian Pakej Umrah Malaysia (IMAMS) – ianya berjumlah RM7.80.

GST pertama sebanyak RM2.70 dikenakan bagi setiap permohonan visa, manakala RM5.10 pula adalah GST bagi perkhidmatan insurans.

Berdasarkan surat berkenaan juga, caj keseluruhan yang dikenakan terhadap setiap jemaah umrah bermula semalam ialah RM137.80, iaitu RM45 dan RM2.70 (GST) bagi permohonan visa.

Manakala bagi pembelian insurans pula, setiap jemaah perlu membayar RM85 serta RM5.10 GST, bukan RM40 seperti yang dikatakan oleh timbalan menteri berkenaan dalam klip video itu.

BERITA LANJUT ISU IMAMS MENYUSUL

BACA DI SINI: GST UMRAH RM7.80 BUKAN RM5.10

Ikuti ulasan beliau berkaitan laporan ismaweb yang menjadi tular sejak semalam, dalam tiga klip video di bawah:

The post MURAH! Kata Timbalan Menteri Pelancongan mengulas caj tambahan umrah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian