Naik kadar tambang bas sekolah membebankan ibu bapa

BANGI, 23 Rabiulawal 1439H, Selasa – Kementerian Pendidikan mahu Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah (GPPBSM) mempertimbang semula cadangan menaikkan kadar tambang bagi sesi persekolahan tahun depan.

Timbalan Menterinya, Datuk P. Kamalanathan berkata, kenaikan kadar tambang bas sekolah itu akan membebankan ibu bapa khususnya yang mempunyai ramai anak.

“Perbincangan lebih mendalam perlu dilakukan sebelum mengenakan atau menaikkan kadar ini kerana kita tidak mahu ibu bapa terbeban terutama yang ada empat atau lima orang anak bersekolah.

“Peningkatannya bukan RM10 tetapi antara RM50 hingga RM100. Biarlah ada situasi menang-menang antara kedua-dua pihak,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Beliau berkata, perbincangan lanjut perlu dilakukan antara pihak GPPBSM dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebelum cadangan tersebut dilaksanakan.

Minggu lalu, GPPBMS dilapor akan menaikkan kadar tambang bas sekolah mulai sesi tahun depan antara RM10 dan RM20 bagi menyerap pelbagai peningkatan kos yang perlu ditanggung pengusaha termasuk alat ganti dan penyelenggaraan.

The post Naik kadar tambang bas sekolah membebankan ibu bapa appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian