PAS nafi Ahli Dewan Negeri, pimpinan Selangor sertai PKR

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 4 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – PAS menafikan dakwaan beberapa Ahli Dewan Negeri (ADN) dan pimpinan parti itu di Selangor akan menyertai PKR, sebagai dilapor media.

Naib Presidennya, Datuk Iskandar A Samad dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan khabar angin berkenaan sengaja dicipta untuk menganggu persiapan PAS menghadapi pilihan raya umum yang dijangka kurang tiga bulan lagi.

Malah katanya, ia juga bertujuan lain untuk mewujudkan kegusaran di kalangan ahli-ahli parti itu supaya hilang tumpuan.

“Saya telah bercakap dengan Ahli Dewan Negeri PAS Selangor dan mereka amat terkejut dengan khabar-khabar angin tersebut.

“Dengan ini, saya menggesa ahli-ahli PAS Selangor supaya meneruskan tugas masing-masing dan tidak mempercayai sebarang khabar-khabar angin,” katanya.

Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, pihak tertentu juga tidak sepatutnya mengulangi atau menyebarkan sebarang berita yang tidak diketahui sumber dan kebenarannya.

“Sebarang berita yang berunsur spekulasi perlu diabaikan sahaja. Mereka tidak sepatutnya terperangkap dengan strategi musuh yang mahu persiapan pilihan raya PAS lumpuh.

“Musuh mahu melihat pimpinan dan ahli-ahli PAS curiga-mencurigai di antara satu sama lain,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan berhubung gelombang kemasukan kedua pemimpin dan ahli PAS Selangor yang akan bertanding di atas tiket PKR pada PRU14 nanti.

Menurut portal berkenaan, gelombang itu akan melibatkan wakil rakyat dari PAS Selangor yang tidak berpuas hati dengan hala tuju PAS sekarang yang mahu bersendiri dalam PRU14 sedangkan mereka mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

The post PAS nafi Ahli Dewan Negeri, pimpinan Selangor sertai PKR appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian