PAS sedia disiasat, diambil tindakan jika terlibat rasuah

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 8 Rabiulakhir 1439H, Rabu – PAS sentiasa membuka pintu kepada semua pihak untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap parti itu sekiranya didakwa terlibat dengan gejala rasuah.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, partinya tidak melindungi dan mempertahankan mana-mana individu yang terlibat rasuah dalam kerajaannya.

“PAS yang berusaha menghayati Islam berjaya menegakkan kerajaan yang bersih daripada rasuah di semua negeri yang diperintahnya khususnya Kelantan.

“Sehingga kini, kejatuhan kerajaannya (PAS) bukan kerana rasuah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, PAS membentuk ahlinya dengan ilmu Islam dan tarbiyah, di mana semua calon bertanggungjawab dengan ikatan baiah setia kepada perintah dalam semua perkara yang tidak bercanggah Islam.

Malah, Abdul Hadi menjelaskan, ia juga termasuk ijtihad jamaah dalam perkara yang tiada nas.

“Semua yang berpenyakit atau berhasrat melakukannya tidak boleh bersama. Ada yang keluar lebih awal dan ada yang dikeluarkan.

“PAS mengizinkan semua pihak untuk menyiasat kalau ada yang melakukan rasuah dalam kerajaannya mengikut cara yang adil tanpa fitnah semata-mata,” katanya.

The post PAS sedia disiasat, diambil tindakan jika terlibat rasuah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian