PBB perlu AS$22.5 bilion untuk bencana kemanusiaan seluruh dunia

GENEVA, 13 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memerlukan AS$22.5 bilion (RM100.73 bilion) untuk membantu mangsa konflik dan krisis kemanusiaan di seluruh dunia.

PBB berkata, lebih 135 juta penduduk di seluruh dunia memerlukan bantuan, dengan menyaksikan Yaman antara krisis terburuk dunia.

Peperangan telah menyebabkan lebih 22 juta orang memerlukan bantuan, dengan kebanyakan mereka kekurangan bekalan makanan dan berdepan krisis kekurangan zat.

Ketua Kemanusiaan PBB, Mark Lawock berkata, kira-kira 22 juta orang dianggarkan memerlukan bantuan kemanusiaan di Yaman pada tahun hadapan.

“Keadaan di Yaman sangat mengerikan. Jumlah mereka yang memerlukan hampir 20 juta, di mana tujuh atau lapan juta mereka sedang kebuluran.

“Kita perlu mendapatkan pelabuhan terbuka supaya dapat memasukkan bahan bakar untuk mengendali sistem air,” katanya.

Selain Yaman, satu pertiga dana yang diperlukan PBB adalah untuk membantu mangsa bencana kemanusiaan di Syria.- Agensi

 

The post PBB perlu AS$22.5 bilion untuk bencana kemanusiaan seluruh dunia appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?