Pejuang Feminism hanya iktiraf wanita bekerjaya

 

Oleh Norsabrina Zaifulizan

BANGI, 19 Dis- Feminisme mencetuskan kerosakan kepada institusi keluarga dengan mencetuskan krisis dalam keluarga kata Dr. Hazlin Chong, Presiden International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ) ketika membentangkan kertas kerja yang bertajuk Womwn’s Rights : With or Without Feminism di International Muslimah Empowerment Conference (IMEC 2.0) anjuran NGO Wanita Isma baru-baru ini.

Ujar Dr. Hazlin wujudnya krisis apabila feminism membawa wanita melawan status quo dan peranan tradisional yang ditetapkan bagi seorang wanita seperti menguruskan anak-anak dan rumahtangga.

“Ini membuatkan anak-anak muda menghadapi masalah di rumah kerana tidak mendapat perhatian, pergaduhan suami isteri dan seterusnya menjerumus kepada kerosakan institusi rumahtangga.

“Mengambil contoh pejuang feminism moden seperti Betty Friedan dan Linda Hirshman, yang mengulas pejuang feminism moden membawa sebuah sudut pandang bahawa hanya wanita yang bekerja adalah dilihat berjaya dan kompeten.

“Ini adalah sebuah contoh bagaimana feminism mencorakkan fikiran wanita”. Kesan daripada feminis memenyebabkan kejatuhan sebuah masyarakat dengan krisis rumahtangga.

Semasa menutup sesi syarahannya, Dr. Hazlin menekankan bahawa wanita perlu memilih kerangka Islam yang betul dengan menolak ideologi feminism.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian