Pelajar antarabangsa UniSZA kumpul dana untuk Palestin

KUALA NERUS, 2 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Lebih RM1,000 berjaya dikumpulkan oleh pelajar Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) untuk disumbangkan ke Tabung Amal Palestin.

Ia hasil program “Al-Quds For Palestine” anjuran Persatuan Mahasiswa Hubungan Antarabangsa yang menyaksikan pelajar terlibat mengumpul dana selama dua hari sepanjang program berlangsung untuk membantu rakyat Palestin.

Pengarah Program, Izyan Athirah Mokhtar berkata program Al-Quds For Palestine bertujuan memupuk semangat prihatin dan cakna terhadap isu global di kalangan pelajar Hubungan Antarabangsa, siswa dan masyarakat secara amnya.

“Alhamdulillah, selama dua hari program ini berlangsung bermula Selasa lalu, ia telah memberi banyak manfaat dan kesedaran kepada pelajar dalam membantu masyarakat Palestin yang terpenjara di tanah air sendiri.

“Selain mengadakan kutipan dana, kami juga menjalankan aktiviti flashmob dan ceramah tentang penderitaan rakyat Palestin,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini. – Bernama

The post Pelajar antarabangsa UniSZA kumpul dana untuk Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian