Pembangkang hanya bawa politik benci, retorik

KUALA LUMPUR, 17 Rabiulawal 1439H, Rabu – Pendekatan politik benci dan retorik yang dibawa Pakatan Harapan adalah sebab mengapa anak muda perlu menolak pembangkang, kata Pengarah Operasi MALAYA, Farhan Khairuddin.

Beliau mendakwa anak muda sekarang ini sudah muak dengan permainan politik pakatan yang hanya menabur fitnah demi kepentingan peribadi.

Bercakap pasa diskusi ‘Anda tanya Kami Jawab’ anjuran Jabatan Penerangan UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di sini, hari ini, beliau berkata:

“Sebagai contoh kenyataan yang dikeluarkan oleh Zaid Ibrahim itu dilihat sangat menghina institusi diraja bahkan seolah-olah memberikan kata dua kepada Sultan Selangor dengan menyatakan bahawa Sultan tidak perlu masuk campur dan ambil tahu berkenaan isu politik di Malaysia.

“Tindakan pemimpin DAP itu membuktikan bahawa kepimpinan DAP tidak mempunyai rasa hormat kepada Sultan yang merupakan institusi kepimpinan tertinggi di dalam negeri dan negara dan sudah cukup untuk membayangkan bagaimana pendirian Dap terhadap institusi kesultanan di negara ini.”

Memetik laporan portal UMNO, beliau berkata, pendekatan politik yang diamalkan DAP dan pembangkang seperti itu perlu ditolak kerana dengan jelas mereka tidak menghormati Perlembagaan dan institusi kesultanan Melayu.

Program secara santai itu turut menampilkan bekas anggota Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) Nor Fazlin; Pengerusi Kelab UMNO Wellington, Hanis Syazan; dan Pengerusi Kelab UMNO London, Syazwan Shah.

Nor Fazlin pula berkata, parti pembangkang di Malaysia hanya pandai menghentam dan mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Tindakan pembangkang yang lebih gemar menghentam kerajaan daripada memberikan idea-idea untuk membantu dalam isu-isu negara membuatkan anak muda melihat politik pembangkang hanyalah retorik semata-mata.

“Pendekatan politik pakatan harapan yang menimbulkan sesuatu isu untuk membangkitkan semangat kebencian kepada pihak kerajaan juga dilihat tidak menyelesaikan sebarang masalah, bahkan hanya menambah lagi masalah yang telah sedia ada.

“Sebenarnya anak muda mahukan sebuah kerajaan yang boleh duduk semeja dengan kami dan sentiasa memikirkan masalah rakyat,” katanya.

Terdahulu, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa menyeru anak muda agar menolak Pakatan Harapan kerana parti pembangkang di negara ini mengamalkan pendekatan retorik dan politik kebencian untuk disebar luaskan kepada rakyat terutama anak muda.

Beliau juga menegaskan, tuduhan yang mendakwa anak muda tidak lagi mahu bersama UMNO hanyalah omong kosong memandangkan pertambahan ahli baru, terutama di dalam UMNO yang semakin meningkat khususnya di kalangan anak muda di negara ini.

The post Pembangkang hanya bawa politik benci, retorik appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian