Pencarum KWSP 55 tahun ke atas boleh keluarkan simpanan mulai Januari

KUALA LUMPUR, 25 Rabiulawal 1439H, Khamis – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan pencarum berusia 55 dan 60 tahun membuat pengeluaran sebahagian daripada jumlah caruman pada bila-bila masa mulai Januari tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, penambahbaikan itu dibuat berdasarkan maklum balas daripada pencarum.

Pencarum yang memilih membuat pengeluaran bulanan juga akan dapat mengeluarkan wang dari serendah RM100 sebulan, lapor The Star.

Keputusan itu bertentangan dengan dasar pengeluaran sebelumnya yang membolehkan pencarum mengeluarkan caruman sekurang-kurangnya RM2,000 sekali setiap 30 hari.

Pada masa sama, Shahril juga mengumumkan bahawa pencarum akan mempunyai pilihan untuk melantik Amanah Raya Berhad sebagai pemegang amanah atau pentadbir untuk simpanan KWSP mereka.

Keputusan ini, katanya, akan membolehkan pengagihan simpanan mereka lebih cepat dan saksama kepada waris, apabila berlakunya kematian.

The post Pencarum KWSP 55 tahun ke atas boleh keluarkan simpanan mulai Januari appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian