Pengguna Lebuhraya PLUS bakal nikmati rebat tol sehingga 20 peratus

KUALA LUMPUR, 2 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Pengguna Lebuhraya PLUS bakal menikmati rebat tol sehingga 20 peratus bersempena cuti Krismas, 25 Disember ini.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Zakaria Ahmad Zabidi berkata, pengguna kad Touch ‘n Go berpeluang menikmati rebat tol sebanyak 10 peratus.
 
Manakala, pengguna kad PLUSMiles pula akan menikmati penawaran rebat tol sebanyak 20 peratus

Beliau berkata, ia sebagai menghargai kesetiaan dan sokongan pemegang kad PLUSMiles.

“Pada 25 Disember, orang ramai masih perlu membayar tol dengan kadar biasa.
 
“Rebat tol 20 peratus dan 10 peratus itu akan dimasukkan ke dalam kad PLUSMiles atau kad Touch ‘n Go (dalam bentuk Tambah Nilai) apabila pengguna menambah nilai kad mereka di pusat-pusat khidmat pelanggan PLUS di antara 15 Januari hingga 14 April 2018,” katanya seperti dilapor Antarapos.
 
Bagaimanapun, beliau berkata, rebat itu tidak meliputi transaksi tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang.

The post Pengguna Lebuhraya PLUS bakal nikmati rebat tol sehingga 20 peratus appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian