Perbandingan ucapan Najib, Zahid: Timbalan Presiden Isma

Meneliti ucapan kedua-dua pimpinan UMNO di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tidak banyak sangat idea baru yang dapat rakyat yakini dan Imani dalam kontek masa depan negara.

Umumnya kedua-dua uacapan berkenaan lebih menumpukan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan menggesa ahli supaya berkerja keras bagi menjamin kemenangan besar.

Selaku PAU terakhir sebelum pilihanraya maka adalah logik sebagai Presiden dan Timbalan Presiden perkara ini diperkatakan sebagai suntikan semangat kepada ahli.

Namun seperti yang dikatakan Najib, beliau berucap bukan hanya sebagai Presiden UMNO, Pengerusi BN tetapi juga sebagai pemimpin kepada seluruh rakyat Malaysia, maka sudah tentu ucapan beliau sentiasa ditunggu-tunggu oleh rakyat keseluruhannya.

Dari sini rakyat dapat meniliai sejuah mana pemimpin negara prihatin terhadap nasib rakyat.

Setelah meneliti ucapan kedua-dua pemimpin berkenaan maka saya memaparkan beberapa perbezaan ketara didalam ucapan mereka :-

1. Dari segi bahasa, Zahid berjaya membawa banyak istilah yang menarik dan berbentuk Islam dan keMelayuan dengan tajuk “Lembayung Arjana Bangsa”. Penyusunan ayatnya juga agak indah sedangkan Najib mengungkapkan setiap kalimah dengan nada bersahaja.

2. Penekanan kepada jatidiri, kesiapsiagaan terhadap cabaran kini dan masa depan ditekan oleh Zahid manakala Najib banyak mengimbau masa lepas dan kejayaan-kejayaan yang dibuat kerajaan dengan menyatakan projek-projek dan peluang-peluang pekerjaan yang telah diwujudkan. Mungkin kerana takut rakyat lupa. Secara umumnya, Zahid dilihat lebih “forward Looking” berbanding dengan Najib.

3. Penempelakan kepada pembangkang lebih banyak disebut oleh Najib dari Zahid. Malah Najib menyebut secara spesifik nama pimpinan pembangkang sedangkan Zahid menyatakannya dengan nada simbolik. Tidak pasti kenapa. Mungkin kerana Najib merasa tertekan dek tohmahan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang berkenaan.

4. Kalau dari aspek semangat mungkin Najib lebih berjaya menaikkan semangat ahli dengan intonasi suara dan rayuan-rayuan yang diungkapkan berbanding dengan Zahid. Mungkin kerana Najib agak desperate untuk membuktikan kepimpinan beliau masih diterima rakyat dalam PRU14 nanti manakala Zahid lebih mengambil sikap “tunggu dan lihat”.

5. Isu agama Islam lebih ditekan oleh Zahid dengan menitik beratkan kepentingan sistem pendidikan Islam dipelihara dan diperkukuhkan demi menjamin kelestarian peribadi umat. Manakala Najib lebih menekankan faedah kewangan yang kerajaan beri kepada institusi agama sebagai bukti keperihatinan kerajaan kepada agama Islam. Ini agak mengecewakan kerana selaku pemimpin nombor satu maka sudah tentu umat Islam mengharapkan penegasan yang lebih dari Najib.

6. Najib lebih dilihat cuba untuk “entice” pengundi Cina berbanding dengan Zahid apabila Najib memberikan keyakinan kepada orang Cina bahawa UMNO bukan parti rasis dan akan ambil berat ehwal bangsa lain. Zahid lebih focus kepada orang Melayu mungkin kerana takut berlaku tsunami Melayu.

7. Institusi Raja diberikan penekanan sewajarnya oleh Zahid sebagai sebuah institusi keramat orang Melayu dan perlu dipertahankan sedangkan Najib tidak menyebutnya langsung. Mungkin kerana perbezaan latarbelakang masing-masing yang sorang dari keturunan marahain manakala sorang lagi keturunan bangsawan.

Apapun terpulang kepada rakyat menilai ucapan-ucapan mereka ini tentang sejauhmana pimpinan UMNO berjaya meyakinkan tentang masa depan cucu cicit mereka nanti. Atau ianya hanya sekadar ucapan kempen untuk memenangi pilihanraya.
Fikirkan

 

Timbalan Presiden Isma

Aminuddin Yahaya

The post Perbandingan ucapan Najib, Zahid: Timbalan Presiden Isma appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian