Polis tahan wanita telan cincin berlian bernilai lebih RM20,000

BANGI, 6 Rabiulakhir 1439H, Isnin – Polis menahan seorang wanita kerana didakwa mencuri cincin berlian bernilai lebih RM20,000.

Wanita itu dilaporkan menelan barang kemas berkenaan sebagai taktik supaya tidak diketahui orang lain.

Bagaimanapun usahanya gagal apabila rakaman kamera litar tertutup dengan jelas merekodkan proses wanita itu menelan cincin berkenaan.

Mengesahkan kejadian, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintenden Noor Hashim Mohamad dipetik Oriental Daily berkata, polis menerima aduan kecurian daripada kedai barang kemas itu pada jam 3.30 petang Jumaat lalu.

Ketika kejadian, wanita itu membawa anaknya ke kedai di Taman Bukit Indah, Johor Bahru untuk memilih barang kemas.

Katanya, tidak lama kemudian, dia meminta air daripada pekerja premis berkenaan.

Namun, sebaik sahaja selesai minum air, pekerja mendapati sebentuk cincin berlian milik kedainya hilang.

Sehubungan itu, wanita berusia 43 tahun itu akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.

The post Polis tahan wanita telan cincin berlian bernilai lebih RM20,000 appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian