Saad Hariri batal letak jawatan sebagai PM Lubnan

BEIRUT, 16 Rabiulawal 1439H, Selasa – Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri secara rasmi membatalkan peletakan jawatannya selepas mengumumkan keputusan itu awal bulan lalu.

Keputusan membatalkan peletakan jawatan itu dimaklumkan oleh Kabinet negara itu dalam satu ucapan ringkas hari ini.

“Kabinet mengucapkan terima kasih kepada pemimpinnya (Hariri) kerana membatalkan peletakan jawatannya.

“Komponen politik kerajaan memutuskan untuk menjauhkan diri daripada semua konflik, perselisihan, peperangan dan urusan dalaman negara-negara Arab, bagi memelihara hubungan ekonomi dan politik Lubnan,” kata Hariri, dibaca daripada kenyataan Kabinet.

Hariri sebelum ini menyatakan bahawa dia secara rasmi akan menarik balik peletakan jawatannya sekiranya keadaan kembali pulih.

Awal November lalu, beliau mengumumkan pengundurannya yang disiar secara langsung dari ibu kota Arab Saudi, Riyadh ekoran kebimbangan menjadi mangsa bunuh seperti bapanya.

Keputusan itu dibuat selepas beliau merasakan ada pihak yang sedang merancang untuk membunuhnya.

Saad menjadi Perdana Menteri Lubnan hujung tahun lalu, selepas satu kesepakatan politik diterima, yang menjadikan Michel Aoun sebagai presiden negara tersebut.- Agensi

The post Saad Hariri batal letak jawatan sebagai PM Lubnan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian