Semakin ramai wanita Rohingya diperalat jadi hamba seks

LONDON, 15 Rabiulawal 1439H, Isnin – Jumlah wanita Rohingya yang dieksploitasi untuk perdagangan seks semakin meningkat, kata Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM)

Pertubuhan itu berkata, banyak wanita yang dipaksa menjadi pelacur dan dilayan sebagai hamba seks.

IOM adalah sebahagian daripada rangkaian amal dan NGO yang bekerja untuk membantu pelarian di Bangladesh.

Pegawai maklumat IOM di bahagian kecemasan, Olivia Headon, , memberitahu Arab News bahawa organisasi itu “sedang mencari dana untuk menghalang tragedi ini daripada berterusan.

“IOM sedang meningkatkan usaha untuk memberi tempat yang selamat kepada pelarian Rohingya. Satu sudah beroperasi, dan tujuh lagi sedang dalam pembinaan.

“Ini adalah tempat di mana wanita dan remaja perempuan boleh pergi pada bila-bila masa untuk merasa lebih selamat dan dan mempunyai akses kepada maklumat, pendidikan, aktiviti rekreasi, sokongan dan perkhidmatan.

“Tempat ini menyokong mereka untuk pulih dari keganasan, membentuk rangkaian dan sokongan akses, keselamatan dan peluang,” katanya.

Kerajaan Bangladesh serta pihak berkuasa tempatan dan polis di bandar pantai tenggara Cox’s Bazar, turut bekerja sama dengan IOM, untuk meningkatkan perlindungan wanita dan gadis Rohingya. – Agensi

The post Semakin ramai wanita Rohingya diperalat jadi hamba seks appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian