Tak pernah lupa krisis, derita umat Islam di Palestin: UMMAH

Oleh Athirah Huda Zalhe

KUALA LUMPUR, 19 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Pengerusi Sekretariat Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Aminuddin Yahaya menegaskan bahawa kebanyakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam tidak pernah melupakan dan meninggalkan isu serta penderitaan rakyat Palestin.

Beliau berkata, kebanyakan NGO Islam khususnya UMMAH dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) sentiasa lantang dan cakna dengan krisis serta penindasan yang dilakukan ke atas negara itu.

Jelas beliau, tidak semestinya tiada himpunan besar atau solidariti dihebah menandakan NGO tidak ambil peduli dengan isu Palestin, sebaliknya Aminuddin berkata, setiap hari pelbagai bantuan dan inisiatif dilakukan untuk membantu umat Islam di sana.

“Bagaimanapun, isu Palestin bukan perkara ringan, tetapi ianya rumit dan melibatkan dunia antarabangsa yang bukan boleh diselesaikan dengan mudah.

“Kita juga sebagai NGO sangat terhad untuk membuat sebarang tindakan. Namun, ia tidak pernah menghenti dan memadamkan semangat kita berjuang membantu mereka,” katanya ketika ditemui Ismaweb.net pada Himpunan Aman Solidariti Ummah Baitulmaqdis di sini, hari ini.

Menurut Aminuddin, sehingga kini pelbagai bantuan berbentuk kewangan, tenaga perubatan, pendidikan dan sebagainya telah disalurkan kepada rakyat Palestin.

“Bahkan, desakan-desakan kita untuk membebaskan Palestin daripada Israel masih berjalan cuma dilakukan dalam pelbagai bentuk termasuklah diplomatik, rundingan dan sebagainya.

“Apabila timbul isu-isu besar seperti ini, kita pilih untuk bersama-sama turun di jalanan. Tetapi bila tiada isu besar bukan bermakna kita berhenti.

“Seperti yang saya katakan, ia melibat dunia, kuasa-kuasa besar dan rumit. Selagi AS berkeras membantu Israel, ianya tak akan selesai,” tegasnya.

Dalam masa sama, Aminuddin turut berharap kerajaan dapat mengambil tindakan segera sebagai pemerintah sebuah negara Islam, mengambil inisiatif bersama Turki, dan mendesak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi tekanan kepada AS.

“Dan kita juga desak kerajaan Islam terutama Arab Saudi supaya tidak berkompromi dalam soal berkaitan Baitulmaqdis,” katanya.

Beliau berkata, kehadiran ribuan peserta himpunan hari ini membuktikan umat Islam boleh bersama dalam isu-isu tertentu khususnya berkaitan agama.

“Jadi saya kira ianya satu noktah yang baik untuk perpaduan, masanya sangat tepat dan kebetulan kita menghampiri pilihan raya umum.

“Ini yang kita lihat sebagai politik matang bukan politik berdasarkan sentimen semata-mata. Apa yang boleh kita bersatu, kita bersatu,” katanya.

Sumber foto: Aman Palestin Berhad

The post Tak pernah lupa krisis, derita umat Islam di Palestin: UMMAH appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian