Tanah Felda: Siasat hingga ke akar umbi, kata Ismail Sabri

BERA, 4 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Siasatan menyeluruh sehingga ke akar umbi perlu dilakukan terhadap semua pihak yang berkaitan dalam transaksi pindah milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, siasatan itu bukan hanya melibatkan Felda dan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) tetapi juga perlu meliputi syarikat pemaju tanah yang dilantik.

“Saya percaya semua pihak perlu dipertanggungjawabkan. Semua rakyat tidak kira sama ada golongan peneroka atau mereka yang tidak berkaitan dengan Felda terperanjat dengan isu yang dibangkitkan ini.

“Siasatan perlu dilakukan hingga ke peringkat akar umbi kerana jumlah yang terlibat amat besar dan tanah di Jalan Semarak juga amat berharga dan sesekali tidak boleh dilepaskan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Raja Sehari Mega Parlimen Bera 2017 di Kompleks Rakan Muda Bera di sini, hari ini.

Ismail Sabri yang juga berkata demikian ketika mengulas laporan bahawa Felda berisiko hilang hak ke atas tanah yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta di Jalan Semarak menerusi transaksi pindah milik yang mencurigakan sejak 2015.

Beliau juga berpandangan Felda juga harus mengambil tindakan undang-undang jenayah, jika terdapat unsur jenayah seperti penipuan dalam penukaran hak milik itu, dan bukan hanya bergantung kepada tindakan sivil.

Siasatan juga perlu melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya. – Bernama

The post Tanah Felda: Siasat hingga ke akar umbi, kata Ismail Sabri appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian