Tembin landa Filipina: Lebih 100 terbunuh, puluhan lagi hilang

MANILA, 4 Rabiulakhir 1439H, Sabtu – Lebih 100 penduduk terbunuh dan puluhan lagi hilang selepas ribut tropika Tembin melanda Filipina menyebabkan banjir dan tanah runtuh, hari ini.

Ribut yang dikenali sebagai Vinta di kalangan penduduk tempatan, melanda selatan Pulau Mindanao, dengan kelajuan angin 80 kilometer disertai hujan lebat.

Sekurang-kurangnya 48 penduduk terbunuh di kawasan paling teruk dilanda ribut di wilayah Lanao del Norte, di mana air dari pergunungan menghanyutkan beberapa rumah.

Datuk Bandar Zamboanga del Norte wilayah Sibuco, Bong Edding berkata, operasi mencari dan menyelamat dilancarkan selepas lebih 30 penduduk dihanyutkan arus banjir kilat di perkampungan nelayan di Anungan.

“Air dari kawasan pergunungan bergerak pantas dan menghanyutkan penduduk serta rumah,” katanya.

Jumlah taburan hujan akibat ribut tropika Tembin dianggarkan 145 milimeter, sesuatu yang luar biasa dalam kejadian ribut di Filipina.

Mindanao bebas daripada beberapa ribut tropika kerana kedudukannya. Ribut tropika biasanya tidak berlaku dalam lingkungan 5 darjah latitud khatulistiwa, sedang Mindanao berada pada kedudukan 6 hingga 9 darjah utara, ia hanya dilanda ribut sekali bagi setiap 12 tahun.

Bagaimanapun, enam tahun lalu apabila ribut tropika Washi melanda kepulauan itu. Sebagaimana, Tembin, Washi bukan ribut yang kuat, tetapi menyebabkan 1,249 orang terbunuh.

Tembin membawa bersama hujan lebat ke wilayah di mana hutan kekal ditebang atau dijadikan ladang nanas. Ini menyebabkan air deras membawa tanah hingga menyebabkan banjir lumpur. – Agensi

The post Tembin landa Filipina: Lebih 100 terbunuh, puluhan lagi hilang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian