Tiada rakyat Malaysia terlibat serangan di Manhattan

BANGI, 24 Rabiulawal 1439H, Rabu – Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden letupan di terminal bas Port Authority berdekatan Times Square, Manhattan di New York.

Perkara itu disahkan Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan, semalam.

“Konsulat Jeneral Malaysia di New York akan terus memantau situasi semasa dan akan memanjangkan maklumat terkini berkaitan insiden tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, sebarang kecemasan atau maklumat lanjut boleh menghubungi Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di New York menerusi talian +1 (212) 490 2722 / 2723 atau email mwnewyorkcg@kln.gov.my.

Dalam kejadian Isnin lalu, empat orang awam termasuk cedera dalam serangan yang dilakukan seorang imigran dari Bangladesh, Akayed Ullah.

Letupan tersebut berlaku pada pukul 7.30 pagi Isnin di sebuah terminal bas paling sibuk di dunia.

The post Tiada rakyat Malaysia terlibat serangan di Manhattan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian