Trump buka ‘pintu neraka’ terhadap kepentingan AS di Timur Tengah: Ismail Haniyah

GAZA, 18 Rabiulawal 1439H, Khamis – Tindakan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, seolah seperti membuka ‘pintu neraka’ terhadap kepentingan Amerika Syarikat di rantau itu.

Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyah berkata kepada Aljazeera, keputusan Trump adalah satu pencerobohan berani.

“Trump perlu menghentikan keputusannya, jika tidak ia boleh membawa kepada permulaan yang dahsyat. Bukan hanya di Palestin, tetapi di rantau ini.

“Dengan tegas, kami menolak keputusan ini yang jelas satu pencerobohan ke atas rakyat, bangsa dan seluruh umat Islam. Malah, ini langkah bahaya dalam berdepan konflik pencerobohan Zionis,” katanya.

Trump telah mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara rejim Israel yang baharu.

Serentak itu juga, Trump mengumumkan AS sedang membuat persiapan memindahkan kedutaannya di Tel Aviv ke Baitulmaqdis, wilayah Palestin yang diceroboh rejim Zionis yang turut menempatkan masjid suci ketiga umat Islam – Masjid Al-Aqsa.


Berucap di Washington, Trump berkata, pengumumannya menandakan permulaan pendekatan baru terhadap konflik Israel-Palestin.

Sementara itu, pegawai kanan Hamas, Ismail Radwan menggesa seluruh umat Islam untuk melemahkan kepentingan AS di rantau ini dan memboikot Israel.

“Trump membuka pintu neraka terhadap kepentingan Amerika di rantau ini,” katanya.

Beliau turut menuntut Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengisytihar Perjanjian Damai Oslo 1993 sebagai gagal.

Berdasarkan perjanjian berkenaan, status akhir berhubung Baitulmaqdis sepatutnya dibincangkan dalam siri rundingan damai seterusnya. – Agensi

The post Trump buka ‘pintu neraka’ terhadap kepentingan AS di Timur Tengah: Ismail Haniyah appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian