Tun M pulangkan pingat kebesaran: Istana Selangor akan keluar kenyataan rasmi

BANGI, 22 Rabiulawal 1439H, Isnin – Istana Selangor akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu pemulangan semula dua pingat dan darjah kebesaran yang diterima Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lama lagi.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, pihak istana akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu itu sebaik memastikan bahawa pingat kebesaran itu dikembalikan.

“Kami akan mengeluarkan kenyataan sebaik sahaja kita memastikan bahawa pingat kebesaran itu telah dikembalikan,” katanya seperti dilapor The Star, hari ini.

Bekas perdana menteri selama 22 tahun itu dilaporkan telah mengembalikan semula dua pingat daripada Sultan Selangor, dan satu darjah kebesaran negeri itu.

Beliau dilaporkan memulangkan darjah kebesaran yang masing-masing diterima pada 1978 dan 2003 itu pada Khamis lepas dan diserahkan kepada seorang pegawai kanan di pejabat Sultan Selangor di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam.

Difahamkan, isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali turut memulangkan pingat kebesaran yang diterimanya.

Sebelum ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan kecewa dan murka atas ucapan Dr Mahathir yang didakwa menghasut rakyat dan menghina masyarakat Bugis.

Ia berikutan selepas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berucap pada Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi di Petaling Jaya pada 14 Oktober lalu.

The post Tun M pulangkan pingat kebesaran: Istana Selangor akan keluar kenyataan rasmi appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian