Turki kecam beberapa negara Arab gagal beri respon isu Baitulmaqdis

ANKARA, 24 Rabiulawal 1439H, Rabu – Turki mengecam beberapa negara Arab yang dilihat lemah dalam memberi respon berhubung pengiktirafan Presiden Amerika Syarikat (AS) terhadap Baitulmaqdis, baru-baru ini.

Menteri Luar Negeri Turki, Mevlut Cavusoglu berkata, beliau kesal dengan sikap beberapa negara Arab, yang seolah-olah malu dengan AS.

“Kita akan terus menggesa negara-negara yang setakat ini belum mengiktiraf Palestin untuk berbuat demikian segera.

“Kita mahu AS sedar dengan kesilapannya,” katanya.

Minggu lalu, Trump mengumumkan keputusannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, termasuk usaha memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke tapak suci ketiga umat Islam itu.

Peralihan dramatik dasar Washington itu mendapat kritikan hebat masyarakat antarabangsa termasuk sekutu Barat AS dan mencetuskan protes di Palestin, Turki, Mesir, Jordan, Iraq dan beberapa lagi negara lain.

Turki telah meminta mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul hari ini, bagi membincangkan langkah Washington itu.

Cavusoglu menegaskan bahawa mesyuarat OIC mesti mengeluarkan sebarang kenyataan tegas, sebagai membuktikan pertubuhan itu berkuasa.- Agensi

The post Turki kecam beberapa negara Arab gagal beri respon isu Baitulmaqdis appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian