37 terbunuh dalam kebakaran hospital di Korea Selatan
MIRYANG (Korea Selatan), 9 Jamadilawal 1439H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh dan lebih 70 orang cedera dalam kebakaran di sebuah hospital di selatan Korea Selatan.
Kebakaran yang bermula pada pagi Jumaat sekitar 7. 30 pagi waktu tempatan tercetus di bilik kecemasan di tingkat pertama Hospital Sejong, Miryang, kira-kira 400km dari ibu kota Seoul.
Ia dilaporkan berjaya dipadamkan dalam masa tiga jam.
Agensi berita rasmi Korea Selatan, Yonhap melaporkan, anggota bomba menjangkakan jumlah mangsa akan meningkat.
Majoriti mereka yang kehilangan nyawa meninggal akibat asap beracun, berbanding luka kebakaran.
Media setempat melaporkan bahawa seorang doktor dan dua jururawat adalah antara yang mati. Kebanyakan mangsa dipercayai pesakit tua, menurut Korea Times.
“Terdapat banyak asap menyebabkan sukar bagi orang ramai untuk mendekati [bangunan],” kata saksi kepada saluran berita televisyen tempatan.
Wartawan Al Jazeera, Cathy Novak, yang melaporkan dari Seoul berkata, Presiden Moon Jae-in telah mengadakan pertemuan darurat dengan penasihat teratasnya. – Agensi
The post 37 terbunuh dalam kebakaran hospital di Korea Selatan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan