50,000 dijangka bakal hilang pekerjaan tahun ini


KUALA LUMPUR, 17 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Kira-kira 50,000 pekerja dijangka kehilangan pekerjaan tahun ini.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan berkata, sektor pembuatan berkemungkinan paling teruk terjejas.

Selain sektor pembuatan, katanya, sektor perkhidmatan, insurans, perbankan, peruncitan dan pembinaan juga dijangka mengalami pengurangan tenaga kerja.

“Antara faktor yang menyumbang kepada pengurangan tenaga kerja ini adalah levi yang dikenakan ke atas majikan untuk mengambil pekerja asing dan Skim Insurans Pekerja (EIS).

“Pelaksanaan cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90 hari dan cuti perseorangan turut menyumbangkan kepada faktor pengurangan tenaga kerja,” katanya.

Selain itu, Shamsuddin berkata, pelaksanaan gaji minimum yang dilaksanakan kerajaan pada Julai lalu, turut memberi impak terhadap majikan untuk menggaji pekerja.

“Sesetengah majikan pula, mungkin enggan mengambil pekerja baru bagi menggantikan mereka yang telah bersara, dengan alasan tidak mahu menanggung beban kos tambahan.

“Majikan juga lebih banyak mengambil langkah berhati-hati bagi mengurangkan risiko kerugian kepada syarikat,” katanya.

Mengikut rekod seperti dilapor The Sun Daily, seramai 38,499 pekerja kehilangan pekerjaan pada 2015.

Tetapi, angka itu menurun pada 2016 iaitu 37,699. Namun, bagi tahun lalu, setakat September 2017 seramai 30,700 pekerja diberhentikan.

The post 50,000 dijangka bakal hilang pekerjaan tahun ini appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian