90,000 penduduk berpindah ke zon perlindungan

LEGAZPI, 13 Jamadilawal 1439H, Selasa – Jumlah penduduk Filipina yang berpindah ke zon perlindungan selepas gunung berapi paling aktif meletus sejak dua minggu lalu meningkat kepada 90,000 orang.

Pihak berkuasa mewujudkan zon larangan dalam radius sembilan kilometer dari Gunung Mayon yang kerap memuntahkan lava dan debu.

Kebanyakan penduduk di sekitar gunung berapi itu kini ditempatkan di kem-kem penempatan sementara di luar zon berkenaan.

Gabenor wilayah Albay, Al Francis Bichara berkata, pihak berkuasa menjangkakan penduduk yang berpindah itu tinggal di kem-kem berkenaan sekurang-kurang­nya tempoh sebulan.

Namun, dilaporkan keadaan kebersihan di kem-kem sementara itu kurang memuaskan.

Katanya, setiap kem berkenaan amat terhad khususnya mereka kekurangan tandas, yang mana purata 200 orang terpaksa menggunakan sebuah tandas.

“Kami kekurangan seba­nyak 1,222 buah tandas,” katanya. – Agensi

The post 90,000 penduduk berpindah ke zon perlindungan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian